ANYAMAN

     Dua orang wanita yang agak berusia berjalan sambil berborak-borak menuju ke dewan kraftangan. Di sana terdapat meja-meja yang dipenuhi pelbagai kraftangan anyaman seperti bakul, pasu dan kotak tisu. Mencuri perhatianku. Apabila semakin menghampiri didapati anyaman-anyaman kecil itu diperbuat daripada kertas surat khabar lama.  Sambil duduk seorang daripadanya mula menganyan sementara yang lain pula mengulung kertas surat khabar seperti bentuk batang straw.

 

 

 


   Ada yang memberitahu hari kraftangan diadakan pada hari selasa, pada hari ini dewan ini akan dipenuhi suri rumah untuk menganyam pelbagai jenis barangan. Pekerjaan ini turut menjadi sumber pendapatan sampingan  kepada mereka. Jari jemari mereka begitu lincah untuk menghasilkan anyaman ini, contohnya bagi sebuah bakul hanya mengambil masa selama 10 minit. Inilah yang dikatakan kemahiran.