KUALA KANGSAR
Kampung Induk KAMPUNG KUBU/BUKIT GANTANG
Daerah dan Mukim LARUT MATANG, BUKIT GANTANG
Parlimen / DUN P. 59 - Bukit Gantang / N. 14 - Changkat Jering
Ketua Kampung Hj. Mohd Fuze B. Abd. Rahman
No.
LABU SAYONG
     Labu Sayong menjadi salah satu identiti bagi Negeri Perak yang kaya dengan sumber bahan mineralnya. Labu sayong yang mempunyai bentuk bulat di bawah dan leher yang panjang, berwarna hitam berkilat serta corak-corak yang diukir di atasnya pasti menarik perhatian sesiapa sahaja. Labu sayong biasanya digunakan sebagai bekas untuk menyimpan air. Air yang disimpan didalamnya sentiasa berasa sejuk dan segar serta enak untuk diminum kerana terdapat mineral yang dikeluarkan daripada tanah liat . sayong
     Lanjutan daripada ini, perusahaan membuat labu sayong telah berkembang di kalangan waris asal pembuat tembikar ini ke sekitar perkampungan dalam daerah Kuala Kangsar.Bekas menyimpan air yang dihasilkan daripada tanah liat ini dibentuk dan diukir dengan teliti. Motif ukirannya banyak menjurus kepada unsur tradisional, khususnya bunga-bungaan seperti bunga tanjung, padi, senduduk, lawang, cengkih dan pucuk rebung.
TEKAT
     Tidak ramai yang tahu untuk menghasilkan tekat yang berkualiti merupakan satu kerja yang rumit dan sukar. Hasil seni kraf yang menggunakan baldu dan benang emas atau perak ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi, ketekunan dan minat. Setiap langkah emerlukan perincian dan kesenian daripada membuat corak, membuka gelung benang emas sehinggalah menekatTidak ramai yang tahu untuk menghasilkan tekat yang berkualiti merupakan satu kerja yang rumit dan sukar.  tenun
tenun2      Hasil seni kraf yang menggunakan baldu dan benang emas atau perak ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi, ketekunan dan minat. Setiap langkah memerlukan perincian dan kesenian daripada membuat corak, membuka gelung benang emas sehinggalah menekat pemidang, gunting dan juga menggunakan tangan.  Pada mulanya corak dilukis berilhamkan keindahan flora, kemudian corak akan dipindahkan ke kadbod untuk dipotong, apa yang menariknya corak ini hanya dipotong di atas kayu jelutong, ini kerana kayu ini membolehkan kerja-kerja memotong dilakukan dengan penuh kesenian dan keboleh lenturan. 
     Corak ini kemudiannya dipotong pada sudut 45 darjah pada sebelah kanan. Melambangkan kekayaan, dahulu benang emas biasanya digunakan, walaupun pada masa kini benang perak turut digunakan untuk menambahkan kepelbagaian, kini terdapat juga penggunaan manik turut diperkenalkan. Baldu akan dijahit ke atas kain yang di ikat pada pemidang dan corak dijalinkan ke atas baldu menggunakan benang. Pada masa inilah proses menekat dijalankan yang memerlukan ketelitian bermula pada sudut luar, jarum berbenang biasa dan geligin yang dibaluti benang emas. Benang emas yang diletakkan pada titik permulaan kemudiannya dijahit pada kedudukan 45 darjah.
MASJID UBUDIAH
ubudiah      Masjid Ubudiah, kadang kala dikenali sebagai Masjid Diraja Ubudiah ialah sebuah masjid negeri di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak yang dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia dan merupakan simbol kebanggaan dan kepercayaan untuk kaum Muslim di Perak. Kubah emas dan menara masjid adalah bukti dari keindahan senibina Islam. Masjid Ubudiah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Jalil Karamatullah Shah pada tahun 1917.